WE@FITAC
WE@FITAC
PENGENALAN
FITAC adalah singkatan dari Future Instructional Technology and Academic Centre merupakan pusat yang diwujudkan dalam struktur organisasi PSA dan dinaungi oleh Timbalan Pengarah Akademik, telah ditubuhkan pada tahun 2020. FITAC bertanggungjawab dalam mengendalikan segala urusan berkaitan pengurusan akademik, e-pembelajaran, perkongsian idea, meneroka ilmu dan kemahiran baharu dengan pengintegrasian elemen teknologi digital dan multimedia yang semakin meluas dewasa ini. FITAC juga menjadi sekratariat dalam Mesyuarat Penyelarasan Akademik PSA (MPA) yang diadakan 2-4 kali setahun.
FITAC terdiri dari tiga unit yang komited dalam memantapkan dan menyelaraskan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di PSA dengan penerapan dan pembangunan bahan pembelajaran yang berteknologi terkini. FITAC juga menyediakan latihan kepada staf akademik bagi memupuk budaya kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran. FITAC diketuai oleh seorang Ketua Pusat, dibantu oleh tiga Ketua Unit serta jawatankuasa yang dilantik dari setiap jabatan. Unit-unit yang ada di pusat ini adalah
Unit Pembelajaran dan Pengajaran
Unit E-Pembelajaran
Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia