PENGENALAN
Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UIDM) merupakan unit sokongan yang berperanan dalam memberikan perkhidmatan berkaitan fotografi, rekaan grafik dan audio visual bagi sebarang aktiviti utama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). UIDM juga memberikan perkhidmatan teknikal bagi penyediaan video PDP serta berkongsi maklumat terkini pembelajaran abad ke-21 kepada semua staf PSA, komuniti dan institusi pendidikan melalui kursus atau bengkel yang diadakan.